Tuesday, 20 February 2018

1st post 2018...


happy birthday to me ... maka bertambahlah lagi setahun umur.. tahun nie still macam tahun-tahun lepas nothing special.. some people wish and wish dari orang tu tetap tiada seperti tahun-tahun lepas.. well at first like sampai hatinya tak wish.. setahun sekali ja kot.. tapi tahun nie like lantak la nak wish ke tak but still terasa jugak la.. maybe diri nie tak penting pun dalam hidup dia kan.. along asliysha ialah orang pertama yang wish... thank sebab ingat walaupun kita dah jarang borak dan jumpa..yang kata bestfriend pun boleh tak wish so tabahkan je la diri sendiri... this year starting dengan tak berkerja sedang mencari kerja dan menjadi student balik... harap2 boleh skor la every sem... harap boleh grad dengan flying colour.. so diri ini buat masa nie malas dah nak jaga hati orang sebab sebelum nie selalu sangat nak jaga hati orang lain sampai hati sendiri terabai.. bila menganggur nie banyakkan happy hati sendiri je la..btw still terkilan sebab orang tu tak wish.. sodeh betul. wahai hati tabah lah dikau ya.. dari dulu sekarang and mungkin selamanya sama ja nanti.. lambat post pasal birthday..


p/s: nanti birthday orang tu boleh boikot tak.. lupa terus macam dia buat... kalau 2 tahun dulu orang tu hampir merajuk sebab ingat tak wish.. tahun nie tak nak wish terus la.. agak-agak tercapai tak...urm...

Sunday, 29 January 2017

birthday yang ke 25..


27 january 2017 genap sudah umurku yang ke 25.. setengah dekat berlalu. seperti tahun-tahun lalu tiada ucapan darinya.. suatu ketika dahulu tertunggu-tunggu jugak bila nak tiba tapi sekarang dah immune dengan situasi ini sampaikan tak kisah sudah.. Tahun ini jugak merupakan tahun kedua tiada ucapan dari si dia yang telah pergi buat selama-lamanya.. sangat merindukan si dia.. apabila angka makin meningkat maka tiada celebration sudah. diri ini masih bersyukur kerana masih yang ingat dan sudi wish walaupun jarang berborak mahupun berjumpa..

Friday, 13 January 2017

rindukan si dia

Buat kali pertama tahun 2017 diri ini termimpikan si dia. Didalam mimpi itu mempamerkan sikap si dia yang terlalu baik caring dan membuatkan semua orang sukakan dirinya.. Sikap itu yang susah ada pada kebanyakkan orang. Si dia tiada penganti selamanya.. Tiba-tiba diri ini betul-betul merindukan si dia. Dia selalu ada bila diperlukan, selalu ada ketika susah dan senang, diri ini tidak perlu berkata apa-apa buatkan si dia sudah tahu apa yang diri ini mahukan. Si dia tahun apa yang diri ini suka dan tidak suka tanpa perlu diberitahu terlebih dahulu.. Tempoh 5 tahun ialah sekejap saja diri ini rasakan. Kini tidak lagi lawak jenakanya, gelak ketawanya, tiada lagi orang yang sekepala, tiada lagi suasana seperti dulu.. Jika dahulu kalau diri ini tidak menegur sapa si dia yang akan muncul di dalam group or personal mesej tapi sekarang tiada lagi.. September 2015 genap setahun si dia pergi buat selama-lamanya tanpa sebarang pesanan ataupun perkara yang menunjukkan yang si dia akan pergi buat selamanya. Pemergiannya tiba-tiba, disebabkan mengenai jarak dan kerja diri ini tidak dapat jumpa dia buat kali terakhir. Selepas setahun tiba-tiba mimpikan si dia.. Dalam mimpi tersebut menunjukkan si dia seolah-olah masih ada dengan sikap dan tingkah laku seperti dulu.. Ya Allah rindunya diri ini pada si dia. Si dia tetap di dalam ingatan setiap masa.. Muhammad Amirullah bin Ismail perginya dirimu merupakan 1 kehilangan besar buat diri ini. Terima kasih atas segala-galanya.. Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik, teman yang selalu ada tak kira masa... teman yang memahami tanpa perlu berkata apa-apa.. sesungaahnya aku merinduimu wahai sahabat. dirimu tidak penganti...   Tarikh 13 september 2015 tetap terpahat di ingatan begitu juga status whatapps diri ini dari saat kehilangan mu sampai sekarang. Tenanglah mu di sana sahabat ku.. Allah lebih sayangkan dirimu.. Kami berempat masih merindui dirimu..

Wednesday, 19 October 2016

coretan isi hati

dulu diri ini merasakan tidak lama bekerja disitu. sekarang dah masuk bulan oktober hampir setahun setengah diri ini situ. banyak perkara terjadi di tempat kerja membuatkan sering berfikir untuk berhenti saja tapi kerja baru masih tiada so teruskan juga di situ. sudah genap setahun lebih pemergian si dia. Diri ini masih merindukan si dia. dulu si dia ada ketika susah senang tawa dan nangis. tidak perlu luahkan isi hati dan apa yang ada difikiran si dia boleh tahu sampaikan apa yang disukai dan tidak disukai si dia boleh tahu tanpa perlu di bicarakan. di zalam pengajian selama 3 tahun si dia la ibarat kembarku bak kata rakan sekuliah. di mana ada dia disitu ada aku, hendak cari salah seorang dari kami hanya cari lagi seorang maka akan berjumpa la. si dia selalu menemani diriku kemana saja bahkan sanggup datang jumpa bila diri ini turun sana. si dia akan tetap selamanya diri ini ingat sepanjang hayat. hari genap la sebulan excident, alhamdulillah tak cedera cuma baby hijau masih lagi di workshop... cepat2 la siap... dan genap sebulan maybe lebih jugak aku tidak melupakan janji yang aku pernah sebut di entry yg lepas... bulan ini jugak la birthday salah seorang dari asliysha.. aku cuma tidak libatkan diri dengan mereka lagi.. rindunya aku kepada semua asliysha, miss j mr a and mr f. lama tak berjumpa dgn miss j mr a mr f.. semua pakat sibuk.. ok la setakat ini saja luahan... tunggu la berbulan pulak baru update..

rindunya mereka semua.. harap2 dapat kekalkan kurang menganggu mereka..

Saturday, 9 July 2016

Setelah Sekian Lama....

setelah hampir 2 tahun tidak di update, tiba-tiba rindu pula pada saat-saat update blog.... kesibukkan kerja membuatkan diri ini tidak sempat hendak membuat apa-apa.. banyak perkara telah terjadi.

9 july 2016 - Sudah masuk Syawal ke empat bagi tahun 2016 tapi kadang kala tidak rasa seperti raya.. ok lah sekarang nak story sikit sepanjang yang terjadi dalam hidup ini..

Alhamdulillah telah selamat tamat pengajian dan selamat konvo pada 25 Ogos 2014 sudah hampir 2 tahun berlalu. Terima kasih kepada family yang banyak bersabar, menolong dan macam-macam lagi untuk diri ini mendapat segulung diploma, tidak lupa juga kepada kembar bertiga yang memberi nasihat dan kata semangat supaya dapat mengharungi tempoh tiga tahun disitu. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu.. Selain dari itu, waktu ini sudah genap 1 tahun lebih bergelar sebagai seorang pembantu juruaudit. Berada di alam pekerjaan tidak lah semanis di alam pembelajaran. banyak perkara perlu di laku , banyak perkara perlu di fikirkan sehingga kadang kala membuatkan hari ini sudah malas mahu memikirkan perassan orang. Kadang kala bekerja seperti sekarang membuatkan diri ini terfikir kenapa nak kerja sebagai pembantu juruaudit. macam nak berhenti dan banyak lagi.

Di polimas lah diri ini mendapat seorang kawan yang sangat baik. di mana saja ada kami berdua,si dia selalu meneman diri ini dikala teman serumah meninggalkan diri ini keseorangan, meraka pulang lewat malam si dia juga la sentiasa ada di sini. Bertapa rindunya diri ini kepada si dia. tapi apakan daya Allah lebih sayangkan si dia dan si dia telah dijemput menghadap ilahi pada 13 september 2015. berapa diri ini merinduinya. dahulu di dalam group kami berlima si dia selalu ada bila mula2 nak borak, selalu ada dikala diri ini disakat oleh yang lain tapi sekarang semua itu hanya tinggal kenangan.. kami sangat merindui si dia. semoga si dia tenang di sana..

Selalunya di sini akan diri ini update mengenai Asliysha.. lama tidak berjumpa dengan mereka. Bertahun tak silap. sekarang semua makin sibuk dengan hal masing-masing sampai diri ini mula sedar sapa la kita orang nak layan selalu.. mereka ada komitment mereka tersendiri.. dulu selalu terasa walaupun memahami tapi sekarang semua tu dah sebati sampaikan malas nak fikir semua itu padahal diri ini sebenarnya orang yang cepat merajuk cepat terasa tapi dengan mereka kalau boleh tak nak mereka tahu akan sikap aku yang satu ini.. bila lama-lama begini bila tengok wall mereka just tengok saja tiada lagi rasa ingin tahu, dan lain-lain rasa kerana diri ini tahu mereka bukannya tahu perasaan diri ini. kadang kala bertanya khabar itupun diri ini kena mulakan dulu.. kadang kala cemburu melihat mereka tapi apakan daya tutup log out saja kemudian buat sesuatu untuk melupakannya.. merindui saat-saat gila-gila sembang melawak di situ tapi apakan daya... lepas raya ini diri ini akan cuba untuk di menghubungi mereka lagi. kadang kala penat rasanya asyik diri ini saja yang selalu mencari mereka, memulakan perbualan dengan mereka.. kadang kala diri ini terasa dengan mereka tapi apakan daya mereka bukannya tahu. sebaiknya lebih baik diri ini menjaga hati sendiri dari memikirkan mereka..

Dalam hidup ini banyak sebenarnya diri ini terasa dengan orang tapi tidak mahu menunjukkannya hanya arwah si dia saja yang rasanya benar-benar memahami diri ini. apa yang diri ini suka, apa yang diri ini tidak suka, apa yang diri ini paling pantang orang buat. kadang kala arwah si dia boleh tahu apa kehendak dan kemahuan diri ini.. tapi sayang diri ini belum dapat orang kedua seperti arwah..


ok la sampai di sini saja coretan diri ini.. tulis panjang-panjang pun bukan ada orang baca dam ambil kisah pun.. tapi di sini saja tempat yang boleh diri ini luahkan rasa hari ini..


sekian,
coretan seorang insan.