Friday, 13 January 2017

rindukan si dia

Buat kali pertama tahun 2017 diri ini termimpikan si dia. Didalam mimpi itu mempamerkan sikap si dia yang terlalu baik caring dan membuatkan semua orang sukakan dirinya.. Sikap itu yang susah ada pada kebanyakkan orang. Si dia tiada penganti selamanya.. Tiba-tiba diri ini betul-betul merindukan si dia. Dia selalu ada bila diperlukan, selalu ada ketika susah dan senang, diri ini tidak perlu berkata apa-apa buatkan si dia sudah tahu apa yang diri ini mahukan. Si dia tahun apa yang diri ini suka dan tidak suka tanpa perlu diberitahu terlebih dahulu.. Tempoh 5 tahun ialah sekejap saja diri ini rasakan. Kini tidak lagi lawak jenakanya, gelak ketawanya, tiada lagi orang yang sekepala, tiada lagi suasana seperti dulu.. Jika dahulu kalau diri ini tidak menegur sapa si dia yang akan muncul di dalam group or personal mesej tapi sekarang tiada lagi.. September 2015 genap setahun si dia pergi buat selama-lamanya tanpa sebarang pesanan ataupun perkara yang menunjukkan yang si dia akan pergi buat selamanya. Pemergiannya tiba-tiba, disebabkan mengenai jarak dan kerja diri ini tidak dapat jumpa dia buat kali terakhir. Selepas setahun tiba-tiba mimpikan si dia.. Dalam mimpi tersebut menunjukkan si dia seolah-olah masih ada dengan sikap dan tingkah laku seperti dulu.. Ya Allah rindunya diri ini pada si dia. Si dia tetap di dalam ingatan setiap masa.. Muhammad Amirullah bin Ismail perginya dirimu merupakan 1 kehilangan besar buat diri ini. Terima kasih atas segala-galanya.. Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik, teman yang selalu ada tak kira masa... teman yang memahami tanpa perlu berkata apa-apa.. sesungaahnya aku merinduimu wahai sahabat. dirimu tidak penganti...   Tarikh 13 september 2015 tetap terpahat di ingatan begitu juga status whatapps diri ini dari saat kehilangan mu sampai sekarang. Tenanglah mu di sana sahabat ku.. Allah lebih sayangkan dirimu.. Kami berempat masih merindui dirimu..

No comments:

Post a Comment