Assalamualaikum,
Secara rasminya tamat sudah tahun akhir semester pertama iaitu semester 5 sepanjang tempoh pengajianku. Semester paling banyak kenangan, rintangan, dugaan dan mungkin keseronokkan. Pertama kali duduk rumah sewa dan bukan lagi asrama, mengenai lebih mengenai karenah housemate,dan banyak hal mengenai situasi rumah sewa. seumur hidup pertama kali pakai tongkat ke politeknik, kaki berbalut, ketinggalan dalam pembelajaran selama setengah bulan dan masuk kuliah sewaktu bab 2 dan terumbang ambing untuk bulan 1.. sewaktu bertongkat dapat melihat macam mana kawan-kawan sekeliling bereaksi, ada yang terkejut mula-mula then banyak menolong sepanjang tempoh tu. housemate yang mula tolong sesuaikan diri dengan keadaan bertongkat semua. selain tu surprise birthday dari geng housemate, some classmate.. thank for that.. tak pernah jangka tu semua. naseb baik tak perang tepung berlaku..hehe
selain tu perang tepung dalam hujan untuk surprise birthday housemate.. tu semua kenangan pertama yang dapat. semester nie paling mencabar dengan karenah pensyarah yang mengandaikan kami nie bebudak A level but terima kasih buat pensyarah kerana mengajar sehingga diriku mendapat pointer sebegini rupa. tak sangka masih di beri peluang.. syukur ya Allah... semester ini banyak rasa ada geram, tension, marah, angin semua ada.. di sini diri ini mintak maaf kerana selalu terkasar kerana apabila tension or geram memang ayatnya yang keluar macam marah..maaf sekali lagi.. terima kasih juga kepada aloNg Asliysha kena mempecayai diri ini agar boleh menjawab exam dan berkat nasihat darimu membakar semangat nak study selalu melawan nafsu nak tido. terima kasih sekali lagi kak Nor Liyana. dan x lupa juga angah asliysha diatas nasihat diberi 2 tahun dahulu masih diingati walaupun busy apabila dicari. adikmu berdua akan ingat semua nasihat akak dan abang yang diberikan dan maaf kerana selalu menganggu masa abg dan akak berdua.
Semester baru akan bermula tak lama lagi so kena berusaha habisan untuk 5 bulan akan datang akan dapat mengenggam segulung diploma yang boleh dibanggakan.. in shaa Allah akan cuba ikut jejak langkah abg dan akak ke alam ijazah jika diberi kesempatan..
Sebut pasal akak dan abang teringat yang pernah promise something kat akak when 2014 but still ada utk tu dan ada new one for 2013.. harap akak-akak dan abang suka la something nie.. susah di cari setelah sekian lama beli sesuatu dan hendak mencari lagi waktu sekarang. berkat mak abah walaupun marah jugak la bila borong kan. tapi abah n mak jangan risau adik janji tak buat lagi.. terima kasih kerana memahami.. terima kasih jugak kerana sudi melayan karenah anak mu dari kecik sampai sekarang.. in shaa Allah adik x hampakan harapan mak n abah utk segulung diploma..
p/s: to akak & abang rasa-rasa tau ke apa yg promise tu?? sepatutnya 2014 untuk akak n abang grad but nie something earliar..anggap birthday ok...ok la diri ini sentiasa doakan akak dan abang success selalu dan gembira selalu.. take care..
ikhlas,
luahan seorang student
terima kasih jugak pada wani sbb bagi hadiah DOMO! I always love domo! terima kasih jugak pd wani sbb wani xpenah lupa birthday kakyana and kembaq2 semua. hope wani sentiasa berjaya dalam semua bidang :) the most important, dont give up :)
ReplyDelete