Sunday, 29 January 2017
birthday yang ke 25..
27 january 2017 genap sudah umurku yang ke 25.. setengah dekat berlalu. seperti tahun-tahun lalu tiada ucapan darinya.. suatu ketika dahulu tertunggu-tunggu jugak bila nak tiba tapi sekarang dah immune dengan situasi ini sampaikan tak kisah sudah.. Tahun ini jugak merupakan tahun kedua tiada ucapan dari si dia yang telah pergi buat selama-lamanya.. sangat merindukan si dia.. apabila angka makin meningkat maka tiada celebration sudah. diri ini masih bersyukur kerana masih yang ingat dan sudi wish walaupun jarang berborak mahupun berjumpa..
Friday, 13 January 2017
rindukan si dia
Buat
kali pertama tahun 2017 diri ini termimpikan si dia. Didalam mimpi itu
mempamerkan sikap si dia yang terlalu baik caring dan membuatkan semua orang
sukakan dirinya.. Sikap itu yang susah ada pada kebanyakkan orang. Si dia tiada
penganti selamanya.. Tiba-tiba diri ini betul-betul merindukan si dia. Dia
selalu ada bila diperlukan, selalu ada ketika susah dan senang, diri ini tidak
perlu berkata apa-apa buatkan si dia sudah tahu apa yang diri ini mahukan. Si
dia tahun apa yang diri ini suka dan tidak suka tanpa perlu diberitahu terlebih
dahulu.. Tempoh 5 tahun ialah sekejap saja diri ini rasakan. Kini tidak lagi
lawak jenakanya, gelak ketawanya, tiada lagi orang yang sekepala, tiada lagi
suasana seperti dulu.. Jika dahulu kalau diri ini tidak menegur sapa si dia
yang akan muncul di dalam group or personal mesej tapi sekarang tiada lagi..
September 2015 genap setahun si dia pergi buat selama-lamanya tanpa sebarang
pesanan ataupun perkara yang menunjukkan yang si dia akan pergi buat selamanya.
Pemergiannya tiba-tiba, disebabkan mengenai jarak dan kerja diri ini tidak
dapat jumpa dia buat kali terakhir. Selepas setahun tiba-tiba mimpikan si dia..
Dalam mimpi tersebut menunjukkan si dia seolah-olah masih ada dengan sikap dan
tingkah laku seperti dulu.. Ya Allah rindunya diri ini pada si dia. Si dia
tetap di dalam ingatan setiap masa.. Muhammad Amirullah bin Ismail perginya
dirimu merupakan 1 kehilangan besar buat diri ini. Terima kasih atas
segala-galanya.. Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik, teman yang selalu
ada tak kira masa... teman yang memahami tanpa perlu berkata apa-apa..
sesungaahnya aku merinduimu wahai sahabat. dirimu tidak penganti...
Tarikh 13 september 2015 tetap terpahat di ingatan begitu juga status whatapps
diri ini dari saat kehilangan mu sampai sekarang. Tenanglah mu di sana sahabat
ku.. Allah lebih sayangkan dirimu.. Kami berempat masih merindui dirimu..
Subscribe to:
Posts (Atom)